Pada 17 September 2011 di berita malam di TV3 memaparkan ucaptama Dato Seri Najib Razak berkaitan pemansuhan ISA. Dato Seri Najib Razak menyatakan bahawa pemansuhan ISA adalah perjuangan Barisan Nasional sejak kesian lama. Bagi mereka yang kurang mengambil tahu berkaitan isu ISA mungkin akan tertipu dengan ucapan Dato Seri Najib Razak tersebut namun bagi yang sentiasa peka terhadap isu ISA dan permasalahan mangsa-mangsa ISA maka akan memahami bahawa betapa hipokriknya ucapan Dato Seri Najib Razak dan Barisan Nasional.
Untuk pengetahuan umum bahawa Barisan Nasional dan khususnya Umno adalah golongan yang memperjuangankan ISA.Perjuangan Umno dalam mempertahankan ISA tersebut bukanlah untuk mempertahankan keamanan Malaysia tetapi untuk memastikan musuh-musuh politik Umno dan Barisan Nasional disumbat ke dalam ISA untuk memastikan perjalanan politik Umno dan Barisan Nasional tidak diganggugugat oleh musuh politik Umno dan Barisan Nasional.
Pada 1 Ogos 2009 perhimpunan untuk membantah dan memansuhkan ISA telah disertai oleh berbagai pihak ia termasuklah Ngo-Ngo,parti-parti politik dan perseorangan.Himpunan tersebut adalah untuk mengumpul seramai mungkin pihak yang membantah ISA dan menghantar memorandum ke Yang DiPertuan Agong.Baju tema perhimpunan tersebut adalah berwarna merah atau hitam.Namun berbagai halangan dan ugutan dibuat oleh Barisan Nasional untuk memastikan mana-mana pihak tidak menentang ISA malah Barisan Nasional mempergunakan kerajaan untuk mengugut mana-mana aktivis yang menyertai Perhimpunan Mansuh ISA akan dikenakan ISA jika ditahan dan didapati bersalah.Bukan itu saja,malah Barisan Nasional dan khususnya Umno juga cuba mengumpulkan seramai ahlinya untuk membuat Himpunan Menyokong ISA dan memberikan baju tema Himpunan Menyokong ISA dengan baju tema tersebut bewarna putih serta Barisan Nasional membuat Himpunan Menyokong ISA pada hari yang sama dengan Himpunan Mansuh ISA dengan niat untuk melagakan 2 himpunan tersebut.
Ucapan Dato Seri Najib Razak tersebut menunjukkan betapa hipokriknya Barisan Nasional kerana selama ini Barisan Nasional adalah pihak yang menyokong ISA dan berpura-pura kononnya perjuangan Barisan Nasional adalah memansuhkan ISA.Pada Himpunan Mansuh ISA segala jentera kerajaan digunakan oleh Barisan Nasional untuk mengugut dan menahan para aktivis Himpunan Mansuh ISA.Ia jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional adalah perjuang ISA dan bukannya perjuang pemansuhan ISA.
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Salah satu ciri munafik adalah ia berbohong ketika ia berbicara.Adakah Dato Seri Najib Razak seorang munafik?
Video yang membuktikan betapa sayangnya Dato Seri Najib Razak dan Barisan Nasional terhadap aktivis Himpunan Mansuh ISA sehingga aktivis dilayan sebahagian rupa.

Post a Comment