JAKIM mempunyai beberapa kelemahan dalam menyelesaikan masalah makanan minuman seperti JAKIM tidak dapat mengambil tindakan terdapat perniaga yang berniaga makanan minuman dan mempunyai unsur haram tetapi perniaga tersebut tidak meletakkan logo atau sijil halal kerana jika perniaga tersebut meletakkan logo halal atau sijil halal dan di dapati makanan minuman dicemari perkara haram baru pihak JAKIM mempunyai kuasa mengambil tindakan ia seperti yang pernah berlaku di kedai kopi di Johor.Bagaimana pun kelemahan itu berpunca dari perundangan dan pihak JAKIM sekadar mampu melaksanakan undang-undang sedia ada.
Masyarakat Islam perlu membeli produk makanan minuman yang mempunyai logo dan sijil halal saja bagi memastikan tidak termakan makanan minuman yang mempunuai unsur subhah atau haram. Bagaimana pun bukan semua perniaga Muslim mampu mempunyai sijil halal walaupun produk makanan dan minuman yang dijual tersebut adalah halal jadi sokongan terhadap produk Muslim amatlah perlu.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak layak mempersoalkan cara pelaksanaan ketetapan status halal makanan minuman yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana JAKIM cuma menjalan tugas mengikut perundangan dan ketetapan yang sedia ada. Bagaimana pun pihak JAKIM perlu memastikan penambahbaikan dalam ketetapan status halal untuk memastikan produk yang diberi status halal sebenar-sebenarnya halal dan hasil kewangan syarikat produk juga digunakan pada cara yang halal (bukan sekadar bahan/ isi kandungan halal). Yang pasti video Chua Soi Lek sememangnya tidak akan mendapat status halal dari JAKIM - KMKUfc
Sijil halal: Jakim hanya guna ujian Jabatan Kimia
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kesemua sampel produk yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihantar ke Jabatan Kimia, yang telah mendapat akreditasi bagi skop pengujian DNA, untuk tujuan analisis.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim Osman Mustapha berkata, dalam melaksanakan ujian bagi sesuatu produk oleh sesebuah makmal, faktor seperti kaedah pengujian, tahap pengesanan, peralatan yang digunakan, juruanalisis dan akreditasi terhadap skop pengujian, memainkan peranan yang penting dan pada masa sama mempengaruhi keputusan ujian.
Justeru, kata beliau, Jakim sehingga kini hanya bergantung kepada keputusan analisis Jabatan Kimia sebagaimana juga yang diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Osman mengualas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam, yang mendakwa Jakim bersikap keterlaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal.
Dr Chua juga bertanya mengenai standard yang ditetapkan oleh Jakim, sama ada ia diterima di peringkat antarabangsa atau sebaliknya.
Jelas Osman, dalam pelaksanaan sijil halal, pengambilan sampel produk atau bahan ramuan untuk diuji didasarkan kepada dua faktor iaitu berasaskan keraguan atau aduan mengenai sesuatu produk atau bahan ramuan.
Katanya, keraguan yang dimaksudkan adalah seperti penemuan positif DNA babi dalam sesuatu produk yang tidak diiktiraf, produk-produk yang seumpamanya juga akan diuji secara rawak bagi mengelakkan keraguan dalam pemberian sijil halal.
Dipetik Bernama Online, Osman juga menjelaskan, isu kekeliruan terhadap perbezaan status halal produk Golden Churn Butter antara Jakim dan Jabatan Agama Islam Sarawak tidak timbul kerana ujian yang dilakukan membabitkan sampel dari pengimport berbeza.
Beliau berkata dalam melaksanakan ujian kandungan DNA babi dalam sesuatu produk, beberapa faktor perlu diambil kira seperti nombor kelompok keluaran produk yang diambil, pembungkusan, tempat pengambilan sampel dan faktor-faktor lain yang mungkin berlaku semasa pengeluaran produk berkenaan dikilangkan.
“Pada masa itu faktor kemungkinan berlaku kontaminasi di peringkat-peringkat tertentu juga perlu diambil kira.
“Jakim ingin memaklumkan bahawa kedua-dua sampel yang diambil oleh Jakim dan Jais diambil daripada nombor kelompok dan pembungkusan yang berbeza termasuk perbezaan pengimport dan tempat pengambilan sampel,” katanya.
Katanya, walaupun terdapat dua pandangan yang berbeza, Jakim tidak menyanggahi penemuan DNA babi dalam sampel produk berkenaan yang diambil oleh Jais kerana faktor-faktor yang telah dinyatakan dan umat Islam di Sarawak wajar mematuhi keputusan yang dibuat oleh Jais.
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof pula berkata, Jakim sentiasa menyediakan peluang untuk pengusaha berkomunikasi bagi urusan mendapatkan persijilan halal tetapi pada masa yang sama kepentingan Islam dan umat Islam tidak dikompromi sama sekali.
“Tidak ada isu sebenarnya yang dikatakan enam bulan baru boleh memohon sijil lain. Apa yang kita tetapkan ialah dengan memperbetulkan keperluan menghasilkan produk mengikut syariat dan ajukan semula kepada kami dalam tempoh enam bulan.
“Kalau pengusaha boleh menghantar permohonan dengan sudah diperbetulkan itu sebelum tempoh enam bulan itu berakhir, kita akan proses segera. Jika selepas enam bulan itu tamat, mereka perlu pohon mengikut prosedur dari awal,” katanya.
Sumber : The Malaysian Insider
MCA kecam cara Jakim tangani isu sijil halal
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal, sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam, kata MCA.
“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini.
Dr Chua berkata demikian ekoran banyak aduan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai validasi pengesan DNA yang baru dilaksanakan untuk mengesan pencemaran komponen khinzir dan anjing.
Seorang pengilang bebola ikan dari Johor Baru yang hanya mahu dikenali sebagai Ang berkata pegawai-pegawai Jakim telah mengambil sampel dari kilangnya Januari lalu dan telah membatalkan sijil halalnya dua bukan kemudian disebabkan kesan pencemaran khinzir.
“Apabila meminta mereka menunjukkan laporan, mereka tidak sanggup. Tidak ada salinan yang diberikan. Mereka meminta saya merayu (untuk sijil yang baru),” kata Ang.
Bagaimanapun ramai usahawan tidak berpuas hati kerana permohonan untuk mendapatkan sijil halal memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan dan keadaan itu “menjejaskan perniagaan.”
“Apabila syarikat-syarikat ini ditolak, mereka memerlukan enam bulan untuk memohon semula (untuk mendapatkan sijil halal). Sesetengah daripada mereka mengambil masa sehingga satu tahun. Ini adalah tidak adil.
“Jakim perlu mendidik dan membimbing syarikat-syarikat ini, bukan menyusahkan mereka, “kata Dr Chua lagi.
Wakil Persatuan SMI Malaysia berkata mesin DNA yang baru ini sangat sensitif dan mudah tercemar. Mereka menggesa agar prosedur ujian semasa dikaji semula.
“Ini mungkin kes pencemaran balas. Selain itu, apabila pengesanan diambil, Jakim tidak seharusnya menggantung sijil kami selama enam bulan, tetapi membiarkan syarikat melaksanakan audit yang menyeluruh,” kata seorang wakil.
“Jakim harus membenarkan lebih ruang untuk berdialog, kami perlu tahu mengapa produk-produk kami telah ditolak, “ katanya.
Dr Chua juga berkata ketelusan tidak wujud dalam tindakan Jakim.
“Mereka akan kata anda habis (dalam kes-kes macam ini). Tiada audit kedua. Kajian di makmal bebas juga tidak diterima.
“Di Malaysia, semua pengilang mengimport bahan-bahan dari negara-negara lain. Bahan-bahan yang diimport ini disahkan halal di negara-negara import, tetapi Jakim kata ia ini tidak halal,” katanya.
“Apa sumber standard yang Jakim berdasarkan? Adakah ia diterima di peringkat antarabangsa?” soal Dr Chua.
“Jakim telah bersikap keterlaluan dalam mengendalikan isu sijil halal. Saya akan membangkitkan isu ini dalam jawatankuasa ekonomi negara,” kata Dr Chua lagi.
Sumber : The Malaysian Insider


Post a Comment