Home KMKUfc Page KMKUfc Twitter Video

Muhyiddin Yassin Membongkarkan Bila Pru13?


Kenyataan Muhyiddin Yassin berkaitan kemahuannya parti-parti politik di dalam Barisan Nasional bersatu menunjukkan bahawa Muhyiddin Yassin sedar bahawa parti-parti politik di dalam Barisan Nasional mengalami krisis dalaman malah ia juga sedar bahawa Umno juga mengalami masalah dalaman kerana wujud beberapa perbalahan dan rebutan kuasa antara pimpinan Umno.Gesaan tersebut juga disebabkan ia tahu bilakah tarikh sasaran untuk mengadakan pilihanraya umum. Semoga Umno dan Barisan Nasional rebah ketika Pru13 akan datang. - KMKUfc

TPM Bayangkan PRU Semakin Hampir

KUALA LUMPUR 24 JULAI : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa tinggal beberapa bulan sahaja lagi pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung.

Justeru itu, beliau menggesa semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional merapatkan barisan menjadi satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit itu. 

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini.

Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Sumber : TVS News

0 comments:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

KMKUfc Page

KMKUfc Twitter